Saturday 3 November 2018

Creamy Herbs Chicken with Lemon



Resepi ayam lemon dengan sos creamy ni memang paling cepat and senang nak buat.
Sebab guna satu kuali je.


Simple tapi sedap sebab ada rasa garlic and lemon, kalau rasa cream sahaja agak muak. 
I google a few recipes lepas tu buat resepi sendiri hahah.

Creamy Herbs Chicken with Lemon.

Video masak:

instagram/tiarafazlin



Two easy steps:
Grill ayam, buat creamy sauce, enjoy!



Bahan ni nampak je macam panjang i type padahal ulang benda sama je untuk ayam dan sos.


BAHAN-BAHANNYA:

Bahan Perap Ayam:
  • 2 keping ayam bahagian dada (kalau tebal sangat boleh belah tengah, takut tak masak)
  • 1 sudu kecil garlic powder
  • 1 sudu kecil italian herbs
  • 1 sudu kecil fresh chopped parsley (optional- kalau tak jumpa fresh parsley pun takpa)
  • 2 sudu kecil lemon juice
  • 1/2 sudu kecil paprika (optional- kalau tak suka pedas tak perlu letak)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam - lagi sedap guna yang kasar
  • Garam secukup rasa - i selalu guna garam kasar je sebab boleh rasa dengan jari masa lumur
  • Gula sikit sebab nanti ayam tu akan caramelised, lagi sedap.


Bahan Creamy Sauce:

First Step (A)
  • 4 ulas bawang putih , cincang
  • Pure butter 
  • 1 kotak kecil cooking cream - i guna Emborg 200 ml

Second step (B)
  • 1 teaspoon fresh chopped parsley (optional - tapi kalau ada lagi sedap)
  • 1/2 sudu kecil italian herbs
  • 2 sudu besar lemon juice
  • Salt and freshly ground black pepper , to taste
  • 1 sudu kecil tepung gandum mixed with 1 sudu besar air, until smooth
  • 1/2 sudu kecil paprika (optional)

CARA-CARANYA:


Perap ayam dengan semua bahan perap tadi, biarkan 15-20 minit.
Kalau nak cepat perap kejap pun takpa.

Grill ayam guna olive oil. Siap.

Untuk sos pulak. Guna kuali yang sama je, tak perlu basuh sebab bekas grill ayam tu yang sedap.

First Step (A)
1) Cairkan sedikit butter untuk tumis bawang putih.
2) Selepas bawang putih naik bau dan berubah kuning keemasan, letak air sikit dalam dua sudu besar, supaya garlic infuse more. Biar sekejap.
3) Masukkan cooking cream.

Second Step (B)
4) Letak semua bahan B tadi. 
5) Biar sampai kuah pekat.
Kalau pekat sangat boleh tambah air, kalau cair sangat boleh tambah tepung gandum. Jangan straight away masukkan tepung nanti berketul. Larutkan tepung dengan air dahulu.


Masukkan ayam yang kita dah grill tadi. 

Hiris lemon. Tabur fresh parsley atau daun ketumbar sedap juga.

Lepas tu hidang dalam pan je, senang.




Enjoy!

No comments:

Post a Comment

Creamy Herbs Chicken with Lemon

Resepi ayam lemon dengan sos creamy ni memang paling cepat and senang nak buat. Sebab guna satu kuali je.